Author: wanny

Inilah 8 Cara Semulajadi Untuk Luruskan Rambut Dengan Mudah

Rambut yang lurus dan berkilat memang sentiasa menjadi idaman wanita tidak kira sama ada bertudung atau free hair. Walau bagaimanapun rambut yang terdedah dengan persekitaran yang panas, kering dan berhabuk boleh merosakan keadaan semulajadi rambut. Bagi yang bertudung, rambut yang terlalu lama tertutup juga boleh menyebabkan keadaan kering dan kerosakkan pada kulit kepala kalau yang suka pakai tudung ketika rambut masih basah. Rambut lurus, berkilau dan lembut bak sutera memang jadi idaman semua wanita kerana ia mudah digayakan dan diurus. Sebab itu banyak iklan syampu di tv yang memberi fokus dalam mendapatkan rambut yang lurus. TERLALU BANYAK BAHAN KIMIA BOLEH MEROSAKKAN RAMBUT Selain syampu, ada yang memilih untuk ke salon yang menyediakan perkhidmatan meluruskan rambut. Namun, penggunaan bahan kimia yang kerap boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti rambut gugur, alergi bahan kimia, rambut rosak dan bermacam-macam lagi. Tanpa kita sedari, sebenarnya bahan semula jadi yang ada di rumah, boleh digunapakai untuk mendapat rambut idaman. PETUA RAMBUT LURUS DAN BERSINAR DENGAN 7 BAHAN SEMULAJADI Ini tips yang boleh anda cuba supaya rambut mudah diurus. Bahan-bahan itu adalah: 1. MINYAK KELAPA Dengan mengguna minyak, lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat. Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus. Boleh juga mengguna minyak zaitun, minyak almond atau minyak bijan. Caranya: Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat Sapu minyak yang sudah...

Read More

[GAMBAR] Pernah Diejek Gemuk, Kini Ieda Moin Tampil Lebih Slim & Bergaya!

Admin tahu diejek dengan panggilan gemuk bukanlah sesuatu yang menyeronokkan namun jika mentaliti kita kuat, ejekan tersebut boleh bertukar menjadi pembakar semangat untuk tampil lebih cantik dan bergaya! Itulah yang terjadi kepada penyanyi Ieda Moin yang berusaha menepis segala kata negatif mengenai penampilannya. Melalui sebuah akhbar online, MH difahamkan Ieda berjaya menurunkan berat badan daripada 64 kilogram ke 55 kilogram dengan hanya mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Tip: Kurangkan nasi tetapi lebihkan sayur. Elakkan makanan bergoreng Amalkan makan ayam atau daging yang dikukus atau panggang tanpa minyak, Banyakkan pengambilan buah-buahan. Okay tak nak cakap panjang lebar, korang tengok sendiri perubahan Ieda yang memang superb dengan rambut gaya boyish look! sumber  Media Hiburan. <span data-mce-type=”bookmark” style=”display: inline-block; width: 0px; overflow: hidden; line-height: 0;” class=”mce_SELRES_start”></span> <span data-mce-type=”bookmark” style=”display: inline-block; width: 0px; overflow: hidden; line-height: 0;” class=”mce_SELRES_start”></span><span data-mce-type=”bookmark” style=”display: inline-block; width: 0px; overflow: hidden; line-height: 0;”...

Read More

Curiga Tubuh Isteri Banyak Kesan Lebam. Dengan Sebiji Kamera Go Pro, Akhirnya Terbongkar Apa Yang Berlaku

Saya berkahwin dengan isteri sejak 6 tahun yang lalu. Dia adalah wanita pilihan ayah saya. Isteri saya tidak pernah bersekolah sejak kecil. Ayahnya orang Cina (driver lori balak) dan ibunya pula Orang Asli. Mertua tidak berkahwin. Isteri saya didera oleh neneknya sejak dari kecil. Kemudian dijaga dan dibesarkan serta bekerja di gerai makan milik bapa saudara sebelah ibunya yang sudah berkahwin dan beragama Islam, tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sepenuhnya. Ayah saya berkenan pada isteri ketika dia menyertai lawatan ke penempatan Orang Asli. Dia mahu gadis itu dijodohkan dengan saya, katanya mahu menambah umat Nabi Muhammad dan kasihan melihat bakal isteri bekerja seperti kuli dalam keadaan yang tidak terurus. Ketika itu, isteri belum mencapai usia 20 tahun. Ayah ingin bebaskan dia dari kehidupan yang daif. Tambahan pula ketika itu saya baru saja putus pertunangan yang dimeterai hampir tiga tahun. Oleh kerana hati yang lara, saya terima saja memandangkan bakal isteri cantik, campuran Cina dengan Orang Asli. Cuma dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis, tidak tahu tentang dunia, media sosial apa semua pun tak pernah tahu. Isteri saya tiada agama, tiada didikan agama sehinggalah dia berkahwin dengan saya, dengan nama indah yang dipilih saya sendiri. Tetapi itu bukanlah isunya. Hasrat ayah disambut baik oleh ibu dan ibu setuju serta memberi harapan agar perkahwinan dipercepatkan. Ibu meminta saya dan isteri tinggal bersama dengannya agar ibu dapat dekatkan isteri dengan...

Read More

15 Tahun Menjadi Pembantu Rumah Keluarga India Ini. Tapi Apa Majikan India Malaysia Ini Balas Padanya Buat Rakyat Indonesia Tergamam!!

Kes penderaan terhadap amah yang pernah berlaku sebelum ini membuatkan masyarakat mula memandang serong terhadap golongan majikan yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Pun begitu, tidak semua majikan bersikap sedemikian. Sebagai contoh, pembantu rumah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang ini sangat bernasib baik kerana mempunyai majikan yang memahami, lapor Harian Metro. Sama Sokah, 49, yang sudah 15 tahun berkhidmat dengan wakil rakyat tersebut berasa dihargai apabila Datuk L Manickam pernah membiayai belanja umrahnya pada Disember 2016 selepas ibadat umrahnya tertangguh untuk ke Tanah Suci akibat ditipu ejen pada tahun 2014. Wah baiknya hati majikan Sama! Sumber: BH “Sepanjang 15 tahun menjadi pembantu rumah bagi keluarga ini, saya dilayan seperti keluarga sendiri. Majikan saya itu juga pernah membiayai ibadat umrah selepas saya tertangguh untuk ke Tanah Suci kerana ditipu ejen pada 2014. “Malah Datuk mengeluarkan duit tambahan bagi memastikan hasrat saya menunaikan ibadat itu tercapai dan sanggup ke Jakarta menyelesaikan masalah yang berlaku,” kata Sama yang terharu dengan tindakan Datuk L Manickam. Sama yang kini bertugas di rumah Manickam dekat Bahau juga berkata, seluruh ahli keluarga majikannya itu sangat menghormatinya walaupun mereka berlainan agama dan tidak pernah melarangnya untuk menunaikan kewajipan agama Islam termasuklah solat dan berpuasa. Malah Sama yang juga seorang ibu tunggal sangat terkesan apabila Manickam sanggup membantunya pulang ke kampung dengan segera sebaik dia menerima berita kematian ibunya empat tahun lalu. “Saya sempat melihat wajah arwah ibu buat kali terakhir sebelum dikebumikan...

Read More

Ibu mertua ternampak suami masukkan jari pada saya – Isteri

Ibu mertua ternampak suami masukkan jari pada saya – Isteri  | Sy adalah seorg suri rumah..Disebabkan.ekonomi xbpe ckup..sy kje dekat hotel..sebagai house keeping..Sy punya ank sorg laki..umur 1thun.9bulan.Mak mertua sy baru duduk dg sy 2minggu..dia jaga ank sy..Sy syg dia mcm mak sy.sndri.. Sy.dh angan2 gji nnti nak bagi dia duit..Ketika balik keje suami sy tnye kt sy..nt gji nak bagi mak brpe dia ckap.sy pun mnjawab gji prtama kje ni skit.rm28 je sehari. KlU 10hri kje bru bpe..Ntah knpe sy jdi sedih lak..Sbb gaji sikit kan.Sy pun balik masuk rumah..Tetiba smpai rumah air mata sy jatuh.sbb tu first time sy kje hotel.house keeping.bersihkan bilik tidur org.bukan senang nak kje.cari duit.tapi sy ikhlas demi ank sy..Suami sy lak tibe tanye.knpe nangis.dia ckap dia tnye je.pasal gji td Mmglah tpi hti sy mcm tguris sikit.Dan kami pun begaduh hal kcik je kan.biaselah pmpuan mudah sedih.Ntah mahkluk ape yg rasuk suami sy.ketika sy nangis kuat.dia marah sy.dia masukkan jari tgn kt mulut sy.sy sedih min. Xpernah dia.buat cam tu kt sy.Sy pun trjerit.dan mak dia pun.dtg.ikut jerit nak pukul sy.Trkejut sy gaduh dg laki sy.bukan dg dia.siap mcm nk pukul sy lgi.mak dia kuat agama.xsangka mcm tu.tnpa tanye knapa sbb sy nangis.dia terus salahkan sy. Dan suami sy pun tunjuk konon dia xtakut bni.dia buat nk pukul sy.tpi xpkul pun.masa tu biji mata mak mtua sy jeling mcm nk mkn sy.jerit2 halau...

Read More