Zul Huzaimy dapat anak lelaki, luah rasa syukur di Instagram

Selepas Sari Yanti menimang cahaya mata pada Khamis lalu, kini tiba pula giliran pelakon Zul Huzaimy menimang cahaya mata lelaki jam 11.20 pagi semalam.

Zul juga telah berkongsi sebuah video pendek bayi lelakinya itu (belum diberi nama) di akaun Instagram dan meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Nur Ernawati Mohamad dan bayinya kini berada dalam keadaan baik dan selamat.

Baby it, no name yet 🤭😁 . Alhamdulillah atas kurniaan rezeki…👶🏻🍼 . akan kupenuhi dikau dengan 30 juzuk di dada tanpa lelah, agar kenal erti kemanusiaan tingkah dan langkah, agar faham erti sebenarnya dunia dan barzakh, moga tabah dalam susah dan payah, biar bulan bintang menjadi teman, sepertiga malam bersama tuhan, biar jasa menjadi sebutan, di alam satu sebagai imbuhan, dikau puteraku pewaris bangsa, senyum duka tawa bersenda, harapan keluarga ayah dan bonda, aminkan selalu dalam cita-cita, selamat datang puteraku ke dunia fana, usah takut menempuh gelora, kelak reda bersama cinta, kasih sayang tiada dua, hanya Dia tempat mengadu, tiada dua hanya Yang Satu, percaya yakin itu yang dulu, lafas bismillah sentiasa bersamamu, ingat selalu umi yang lahirkanmu, 9 bulan dikendong tak jemu, doa dipinta di lima waktu, moga sempurna pahlawan hatiku. #babyboy #28april2018 #noname #alhamdulillah #syukur #dailylifeofze #ilovemyfamily #sampaiakhirhayatze #newborn #myprince psstt… @awalhaziq1 @indah_armani …korang dah ada adik Baru 👶🏻🍼 😁 korang jangan buli2 babyboy ye, terima kasih sayangku @miszerna 9bulan tanpa jemu, melahirkannya kehebatan seorang ibu. Pasti Allah membalasnya dengan sebaik2 balasan.

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m) on

Bayi mereka telah selamat dilahirkan seberat 3.48 kilogram di Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka (ibu dan bayi) kini berada dalam keadaan baik dan sihat.

Zul dan isterinya masih belum memilih nama yang sesuai untuk bayinya itu. Pelakon filem Remp-It itu berharap agar anaknya menjadi seorang pakar dalam bidang senibina dan seorang tahfiz Al-Quran.


Kertas pendaftaran bayi lelaki Zul dan isteri.

Keluarga bahagia.
Zul dan Ernawati telah berkahwin pada Februari 2015 dan dikurniakan seorang puteri iaitu Indah Armani.


Anak pertama Zul.
Zul Huzaimy telah bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad, 37 tahun dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awal Haziq yang kini berusia 12 tahun.

Sumber : Zul Huzaimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *