‘Nampak Menyeksakan’- Pelakon Avengers ‘Thanos’ Buat Bekam, Ini Reaksi Pengikutnya Di Instagram

Kami pasti ramai diantara anda dah tengok filem terbaru Marvel Cinematic Universe (MCU), Avengers: Infinity War. Kebiasaannya orang ramai akan tertumpu kepada nama-nama besar seperti Robert Downey Jr (Iron Man), Chris Evans (Captain America), Chris Hemsworth (Thor) dan Scarlett Johansson (Black Widow).

Tetapi tahukah anda siapa pelakon lelaki disebalik watak jahat ‘Thanos’? Namanya ialah Josh Brolin. Dia seorang pelakon ternama di Hollywood. Namanya makin jadi sebutan sejak pegang watak Thanos dalam filem Avengers. Terbaru, pelakon itu telah memuat naik dia tengah membuat bekam. Lihat reaksi orang dari luar negara ini.