Demi ibu sakit, Puteri Aishah pernah rehat dari lakonan dan pokai kerana tiada tawaran

Pernah beberapa kali dikatakan hangat bercinta dengan Pengerusi Eksekutif kumpulan NAZA, Datuk SM Faisal namun pelakon Puteri Aishah menegaskan hubungan mereka hanya berdasarkan persahabatan dan tidak lebih daripada itu.

Terbaru, menurut laporan mStar Online, pelakon drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku itu membuat pengakuan bahawa duit simpanan yang diperolehi selama ini telah habis kerana tidak menerima sebarang tawaran berlakon selama enam bulan.

Gadis berusia 24 tahun itu berkata, pada mulanya dia hanya ingin berehat selama sebulan untuk menjaga ibunya yang sakit selepas menjalani pembedahan pada Oktober tahun lalu akibat menghidapi kanser ovari.

Tambah Puteri, timbul kerisauan apabila duit simpanan miliknya sudah hampir ‘pokai’ disebabkan tiada tawaran berlakon yang diterima sepanjang Julai sehingga penghujung tahun lalu.

Walau bagaimanapun, kini dia boleh menarik nafas lega apabila kembali mendapat tawaran untuk menjayakan beberapa drama tempatan bermula Januari lalu sehingga bulan September depan.

Sumber : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *