Lan Solo Bersyukur Hadiah Dari Tuhan, Tidak Malu Anak Sumbing

 

Tahniah, kami ucapkan buat pasangan Lan Solo dan isteri kerana telah menerima cahaya mata yang keempat pada 24 Februari 2018 lalu. Pasangan ini telah bernikah pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Manakala anak bongsu bernama Nur Amna Quxandra dilahirkan di Rumpai Puteri Medical Centre. Walaupun, anak mereka ini sumbing di bibir Lan dan isteri bersyukur atas kurniaanNya. Beberapa foto dikongsi pada laman Instagram miliknya.