Pondan Tak Makan Saman, 20 Tahun Melacur Dan Jadikan Kawasan Flat Lubuk Puaskan Nafsu Lelaki Gersang..

Memalukan! Itulah yang boleh dikatakan terhadap sekumpulan pondan yang didapati tanpa segan silu melakukan aktiviti pelancuran di sebuah flat di Kuala Terengganu.

Malah, ia telah berlangsung selama 20 tahun dan berkali-kali ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Tetapi bagaikan tak makan saman langsung kerana mereka akan menyambung semula operasi.

Bernama melaporkan, didapati bermula jam 10 malam hingga 2 pagi, kira-kira 20 pondan menawarkan perkhidmatan mereka dan diawasi seorang penjaga bagi meninjau kehadiran pihak berkuasa.

Menjelikkan, pada waktu siang flat tersebut kelihatan biasa namun bila malam tiba pondan ini mula menggunakan pelbagai cara bagi menarik perhatian pelanggan.

“Dalam tempoh 20 tahun ini, pondan-pondan di flat ini silih berganti dan kegiatan mereka ini acap kali diserbu oleh pihak berkuasa tapi keadaan masih berterusan dan tidak dapat dibendung sepenuhnya.

“Kegiatan tidak bermoral mereka memberi kesan negatif terhadap persekitaran setempat dan menunjukkan budaya tidak sihat kepada kanak-kanak dan remaja yang membesar di kawasan tersebut,” kata seorang penghuni flat itu.Tinjauan pihak Bernama juga mendapati harga yang ditawarkan adalah antara RM30 hingga RM70.

Ketika tinjaun Bernama juga mendapati lebih daripada 10 buah kenderaan keluar masuk kawasan itu untuk membuat tawar menawar dan mengambil nombor telefon pondan yang mereka suka.

Memang menjijikkan! Apa pula kata anda?– Sumber: Bernama? Astro Awani

Ingin berkongsi Artikel?Jom Klik share..

sumber kisah dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *