Khairy Jamaluddin (KJ) menjadi perhatian netizen apabila dia tampil memakai stoking berwarna merah dengan tali kasut merah jambu terang dalam sebuah temubual bersama Awal Ashaari.

Malah Awal dalam salah satu entri Instagramnya sempat bergurau dan menulis kapsyen bahawa stokin bunga-bunganya hari ini tewas kepada tali kasut merah jambu terang KJ.

Namun tidak hanya Awal, ternyata kapsyen KJ dalam laman Instagramnya turut menarik hati netizen.

Jadi, Scha Alyahya, saya dan suami anda berbincang apa nama kumpulan baharu kami dan kami buat keputusan untuk nama #Khawal,” tulisnya.

Rata-rata terhibur dan menganggap kapsyen berkenaan melucukan, bahkan ada juga segelintir netizen yang menawarkan diri untuk menjadi ahli dan pengurus kumpulan berkenaan.

Awal pada ruangan komen pula menulis mereka belum membuat keputusan dalam mencari siapa penyanyi utama kumpulan itu. Bagaimanapun, dia sudah pasti menyerahkan tanggungjawab kepada KJ untuk menarik peminat wanita.

Kami belum membuat keputusan siapa yang bakal menjadi penyanyi utama. Saya sudah tentu memberi tanggungjawab kepada anda untuk menarik peminat wanita #Khawal,” ujarnya.

Foto yang dimuat naik KJ mendapat lebih 48k likes sejak dimuat naik kurang 24 jam yang lalu.

Sumber Instagram Khairy Jamaluddin via kisahdunia

ARTIKEL SETERUSNYA >>>

Kalau korang perasan rupanya ramai juga artis di negara kita ini sebenarnya berdarah kacukan dan tak dapat dinafikan lazimnya orang yang berdarah kacukan ini kacak dan cantik.

Kali ini MH mahu kongsikan dengan korang semua 10 artis lelaki di negara kita ini yang berdarah kacukan.

1. Henry Golding kacukan Inggeris dan Iban

2. Jonathan Putra kacukan Inggeris, Cina dan India

3. Hans Isaac kacukan India, Filipina dan Sepanyol


4. Zain Saidin kacukan Melayu dan British

5. Bront Palarae kacukan Melayu dan Siam

6. Keith Foo kacukan Cina dan India


7. Zul Ariffin kacukan Melayu dan Belanda


8. Sam Bunkface kacukan Melayu dan British


9. Ashraf Sinclair kacukan Melayu dan Inggeris

10. Harris Baba kacukan Pakistan, Cina dan Iran

Sumber: mediahiburan