OMG!! 3 Foto Gigolo Termahal Di Dunia, Dibayar RM800 Ribu Untuk 1 Malam!

3 Foto gigolo termahal di dunia, dibayar RM800 ribu untuk 1 malam! Saksikan foto-foto selanjutnya apa yang beliau ada tetapi tiada pada lelaki melayu. Tak sangka ramai lelaki terlepas pandang benda tu dan tak ambil peduli sama sekali.

Hikaru Aizawa, lelaki dari Jepun menjadi gigolo termahal di dunia dengan bayaran USD200 ribu satu malam untuk “ditiduri” oleh pelanggan wanita. Ramai yang melanggannya kebanyakan dari golongan 30an (MILF), cantik dan belum mempunyai anak.

Hikaru kini menjadi Gigolo Jepun Paling Mahal Di Dunia, padahal dulunya dia merupakan bekas seorang jurujual. Kini dengan pekerjaaan barunya, hanya dengan satu malam saja mampu mengaut USD200 ribu.

Perkhidmatan yang diberikan hanya sekadar untuk menemani keluar makan malam, minum di bar atau berjalan-jalan menghabiskan waktu semalaman. Anehnya, rata-rata wanita yang menggunakan “khidmatnya” tidak semua menginginkan hubungan seks.

Hikaru berkata, para wanita yang kesepian ini sebenarnya lebih memerlukan perhatian untuk mengisi kekosongan, tanpa ragu dan takut mereka banyak menceritakan tentang rahsia rumah tangga mereka kepada Hikaru.

Masalah yang sering dibicarakan tidaklah sepening masalah menteri kewangan, namun lebih kepada masalah kekurangan layanan batin. Suami mereka jarang pulang kerana sibuk mencari wang setiap hari, mereka terasa diabaikan dan tiada lagi tempat untuk berborak.

“Wahai kaum lelaki, sedarkah anda, isteri anda memang memerlukan wang tapi ada lagi yang lebih “Penting” diperlukan lebih daripada itu, mereka inginkan anda mendengar luahan perasaan hati mereka. Mereka tidak mahu anda sisihkan waktu untuk menemani diri mereka hanya kerana kesibukan mencari wang. Mereka ingin dimanja seperti anak kecil dan menghabiskan waktu untuk bersama anda seperti saat-saat ketika mula bercinta. Ingatlah pesanku”, kata Hikaru Aizawa.

Sumber: helenaviani

ARTIKEL SETERUSNYA >>>

ISTERI SARAT MENGANDUNG, HAMPIR SETAHUN PASANGAN INI BERTEDUH & BERUMAH DI POKOK. KEMISKINAN BUKAN HALANGAN UNTUK MEREKA BAHAGIA [K.D].

YAN: Hidup dalam serba kedaifan dan kesusahan tidak pernah dijadikan penghalang untuk pasangan muda ini terus bertahan mengukuhkan rumah tangga mereka.

Hidup sebatang karang, dibuang keluarga kerana miskin merupakan nasib yang terpaksa dihadapi bagi Mohamad Amir Hamid, 22 tahun dan isterinya, Nor Zalila Zainol, 21 tahun selain anak kecil mereka berusia lima bulan.

Pasangan itu hanya mempunyai adik beradik memandangkan kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia.

Malah ketika sarat mengandung, Mohamad Amir dan Nor Zalila pernah menjadikan sebatang pokok sebagai tempat untuk berteduh selama hampir setahun.

Ujar Mohamad Amir, dia dan isteri terpaksa membina ‘istana’ istimewa mereka di atas pokok terbabit sebelum pokok itu ditebang.

Menurutnya, pasangan itu kemudian berpindah ke sebuah rumah sebelum dihalau kerana gagal membayar sewa selama empat bulan.

“Sekarang saya tinggal di pondok usang ini di tengah bendang sawah atas tanah rizab milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kira-kira lima kilomter dari jalan ke Kampung Gelam Dua, Yan di sini.

“Setiap malam saya dan isteri akan tidur secara bergilir-gilir memandangkan pondok usang ini sering ‘dikunjungi’ nyamuk selain terpaksa tidur dalam keadaan mengerekot kerana sempit,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Sabtu.

Menceritakan lebih lanjut, Nor Zalila juadah makan tengah hari atau makan malam mereka bukan romantik seperti pasangan lain sebaliknya terpaksa berkongsi mi segera.

Tambahnya, kadang kala, dia sengaja memasak mi segera itu dalam tempoh lama bagi membolehkan mi segera itu kembang selain nampak banyak.

“Sedih juga dengan nasib macam ini tetapi saya tidak pernah membiarkan suami membanting tulang sendirian sebaliknya membantu mengambil upah menanam padi.

“Ketika berpantang saya sudah mula membantu suami dengan meninggalkan bayi sendirian di pondok ini,” katanya.

Sementara itu, sekumpulan Belia Muafakat Kedah, Mohammad Nasir Abdul Manaf berkata, dia dan penduduk kampung akan bergotong-royong membantu memindahkan keluarga itu ke sebuah rumah sewa baharu di Kampung Bahagia, Kota Sarang Semut, di sini.

“Saya sudah menyuarakan perkara yang menimpa pasangan ini kepada pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah,” katanya.

Sumber: Astro Awani / penmerahpress