Inilah Kampung TERSEJUK Di Dunia -69 C . “SESUATU” Berlaku Masa Pecah Rekod Dunia

Inilah Kampung TERSEJUK Di Dunia -69 C . “SESUATU” Berlaku Masa Pecah Rekod Dunia – Pada tahun 1933, kampung di Siberia ni buat rekod dunia sebagai kampung tersejuk di dunia. Selepas puluh tahun rekod tak pecah, semalam rekod baru tercatat, dan “sesuatu” mengejutkan telah berlaku.

PURATA SUHU -50 C

SELAMAT datang ke perkampungan paling sejuk di dunia dengan suhu purata pada Januari adalah -50 darjah Celsius.

Keadaan itu boleh menyebabkan bulu mata penduduk kampung boleh membeku hanya seketika apabila berada di luar rumah.

Kampung Siberia yang terpencil di Oymyakon merupakan kampung yang berpenghuni paling sejuk di dunia.

TERMOMETER ROSAK MASA CECAH REKOD BARU DUNIA

Sangat Mengejutkan. Suhunya semakin sejuk apabila termometer elektronik baru rosak selepas mencatatkan rekod suhu -62 darjah Celsius.

Stesen kaji cuaca di kampung itu mencatatkan -59 darjah Celsius, tetapi penduduk setempat mengatakan bahawa bacaan mereka serendah -67 darjah Celsius, kurang 1 darjah Celsius daripada suhu terendah yang boleh diterima untuk penempatan tetap di mana-mana sahaja di dunia.

Catatan tersebut memecah rekod yang diperoleh di bandar itu pada 1933.

KAMPUNG TU MASIH WUJUD KERANA ADANYA PELANCONG BERANI

Termometer digital berkenaan dipasang pada tahun lepas bagi membantu Oymyakon mempromosi kepada pelancong, tetapi catatan menunjukkan suhu -62 darjah Celsius.



“Ia rosak kerana terlampau sejuk,” lapor The Siberian Times. – Mail Online

Sumber : Mstar

CERAI ISTERI KERANA MALAS MANDI

Kisah lain pulak. Tabiat malas mandi melampau seorang wanita membawa padah apabila suaminya bertekad untuk menceraikannya.

Pasangan kepada lelaki yang tidak didedahkan nama itu dikatakan hanya mandi sekali setahun dan mengambil masa sehingga enam jam untuk membersihkan dirinya yang terlalu kotor.

Tabiat buruk isterinya itu telah menyebabkan mereka tidak lagi melakukan hubungan intim, sekaligus membatalkan hasrat mereka untuk memiliki anak.

Selain malas mandi, wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit.

Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan terpaksa bergantung kepada ibu mertuanya.

Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya.

Tidak berapa lama kemudian, isterinya mendapat tahu tentang perkara itu dan terus memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.

Susulan kejadian, lelaki itu akhirnya pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya yang dikahwini sejak 10 tahun lalu.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya itu akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.

Sumber: Sayaluvislam.com

ARTIKEL SETERUSNYA >>>

“Janji Nak Bawa Sampai Turki, Rupanya Agen Bawa Sampai RnR Dengkil Je.” 47 Mangsa Rombongan Ditipu Oleh Ajen Perlancongan, Duit Lesap..

Impian sekumpulan 47 individu untuk menjejakkan kaki ke bumi Turki pada 12 Oktober lalu tidak kesampaian apabila ejen pelancongan yang menguruskan percutian mereka tidak kunjung tiba.

Menurut salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zaridah, dia dan suaminya mengalami kerugian hampir RM10,000 selepas mendakwa terpedaya dengan pakej percutian yang ditawarkan syarikat tersebut yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak.

“Rombongan ini ada 47 orang, rata-ratanya terdiri daripada pesara kerajaan. Pada awalnya ejen minta bayaran awal sebanyak RM1,000 untuk beli tiket kapal terbang.

“Ejen kata kalau bayar lewat takut harga tiket kapal terbang akan naik. Baki bayaran pula dibayar kepada ejen pada bulan terakhir sebelum nak berlepas ke sana.

“Bayangkan kalau seorang kena bayar RM4,300, kalau dah 47 orang… memang kayalah ejen tu,”dakwanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas wanita berusia 60 tahun itu, rombongan tersebut diarahkan oleh ejen untuk berkumpul di Pusat Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil pada 12 Oktober lalu,sebelum menaiki bas yang disediakan.

“Kami bertolak dari Ipoh kira-kira pukul 10 pagi menuju ke Dengkil dan sampai di sana pada tengah hari.

“Sebelum itu, ejen beritahu berlaku masalah kelewatan pada penerbangan yang sepatut dinaiki mereka. Tunggu punya tunggu kelibat ejen pun tak nampak,” dakwanya.

Zarinah mendakwa rombongan tersebut dijadualkan menaiki pesawat Saudi Airlines kira-kira pukul 7 malam, 12 Oktober lalu.
“Semasa taklimat diberikan mereka kata kami naik penerbangan Qatar Airlines dan akan transit di Doha. Tapi kami dimaklumkan penerbangan tiba-tiba ditukar ke Saudi Airline pada saat akhir.

“Dari situ saya dah rasa tak sedap hati. Kalau berlaku kelewatan penerbangan takkanlah sampai tukar ‘flight’,” dakwanya.
Akibatnya, Zarinah mendakwa mereka terpaksa berpatah balik ke Ipoh dengan menaiki bas yang sama dalam keadaan hampa.
“Semua pulang semula ke Ipoh dengan kecewa dan duit percutian pun lesap sekali. Kami tiba di Ipoh kira-kira pukul 10 malam,” katanya.

Zarinah turut menuntut syarikat tersebut supaya memulangkan semula wang yang telah dibayar.”Kami hanya mahu wang kami dipulangkan. Kalau tidak, tindakan susulan akan diambil termasuk membuat laporan ke Tuntutan Tribunal Pengguna dan meminta campur tangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),” katanya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan reaksi balas syarikat tersebut tidak berjaya apabila nombor telefon yang dinyatakan dalam laman Facebook syarikat berkenaan hanya dijawab oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah bekas pekerja agensi terbabit.

Wanita yang menjawab panggilan tersebut turut terkejut apabila mendakwa ramai pihak menghubunginya bagi mendapatkan semula wang yang telah dibayar.

“Maaf, saya tiada kena-mengena dengan syarikat tersebut. Saya sudah berhenti sejak Mac lalu dan saya difahamkan syarikat itu sudah tidak lagi beroperasi,” dakwanya.

Sumber: Rotipisang via Mstar Online