‘Saya Tak Nak Bercerai Lagi’- Nedim & Nora Danish Luah Isi Hati

Nora Danish yang sedang hamil 30 minggu sedang rancak membuat persiapan bersama suami untuk kelahiran #NeNojr yang dijangka akan dilahirkan pada pertengahan Mac 2018. Pasangan ini telah berkahwin pada 30 Mac yang lalu selepas 3 tahun bercinta.

Bertanya mengenai rahsia pasangan ini kekal bahagia dan terlihat begitu romantis sepanjang masa, ini jawapan Nora;

“Oleh kerana sebelum ini kami duda dan janda, kami cuba sedaya upaya untuk mengendalikan perkara dengan sebaik mungkin. Perkara kecil dan remeh temeh tidak perlu untuk diperbesar-besarkan sehingga bergaduh.”

Menurut laporan dari Utusan Online, pasangan ini mahu perkahwinan kedua ini kekal hingga akhir hayat, baik Nedim mahupun Nora sentiasa berdoa dan bersyukur hubungan yang dianugerahkan kepada mereka ini. HangatMalaysia sendiri akui hubungan mereka sangat romantis lagi bila mereka muatnaik gambar bersama di Instagram.

“Saya tidak mahu bercerai lagi. Saya kini bahagia. Ada isteri yang cantik. Pergi kerja ada orang hantar sampai depan pintu, balik kerja ada yang sambut. Saya sentiasa menginginkan itu dan saya mendapatkannya kini.” katanya di Utusan Online

Selain itu, pasangan ini juga berkongsi sedikit tips sebelum masuk bilik tidur bagi mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain.

“Saya juga buat peraturan yang kami tidak akan masuk ke bilik tidur dengan perasaan marah. Saya tidak suka tidur dengan hati yang panas. Saya lebih senang selesaikan semua masalah dan tidur dengan perasaan tenang dan gembira,” kata Nedim.

Anda boleh amalkan tips dari pasangan ini jika mahu kekal bahagia seperti mereka. Kami di Hangat.com mendoakan kesejahteraan buat Nora sekeluarga dan bahagia sehingga ke anak cucu.
BACA  Nedim Nazri Sedih Terputus Hubungan Dengan Anak