Stesen minyak yang menjadi tempat d seorang ketua kumpulan kongsi gelap di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini pada malam Ahad, sekali lagi mencuri tumpuan pada Rabu.

Ini berikutan terdapat upacara ritual dilakukan di tempat kejadian bagi memangggil semula roh mangsa yang terbunuh.

Upacara bermula pada 4.49 petang dengan dilakukan oleh dua sami sambil dihadiri dua wanita dipercayai isteri mangsa dan rakannya.

Beberapa anggota polis dan media daripada pelbagai organisasi turut berada di lokasi kejadian sejak pukul 3.30 petang bagi mengawal keselamatan dan membuat liputan mengenai upacara itu.

Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, upacara sedemikan penting kerana roh seseorang yang mati secara tragik misalnya membunuh diri dan dibunuh akan berkeliaran di kawasan lain selepas insiden dan perlu dipanggil balik ke tempat asal (rumah) bagi memastikan rohnya tenang.

Upacara tamat pada pukul 5.30 petang.
Dalam kejadian Ahad lepas,mangsa berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis menggunakan sebuah kereta oleh sekumpulan empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan, sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

Mangsa dilaporkan berjaya seketika meloloskan diri namun dilanggar dan digilis dengan kereta sebelum keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kejadian pembunuhan lelaki itu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.
Justeru, usaha untuk menjejaki dan memburu keempat-empat suspek sedang giat dijalankan.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd turut berkata pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat suspek dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan mereka.

Sementara itu, di Nirvana Memorial Centre, Jalan Gelang Patah-Skudai pagi,, beberapa anggota keluarga mangsa dilihat sedang sibuk membuat persiapan untuk upacara penghormatan terakhir kepada mangsa.

Media yang hadir dengan niat untuk menemubual anggota keluarga mangsa dilarang mendekati tempat upacara. Mayat mangsa juga difahamkan akan dikebumikan di sebuah taman peringatan di Melaka pada Khamis ini memandangkan mangsa berasal dari sana.

Lelaki yang mati ditikam dan dilanggar dengan kereta di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, kelmarin disahkan sebagai ketua kumpulan kongsi gelap, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perselisihan dan perebutan dua kumpulan kongsi gelap dikenal pasti menjadi punca kejadian.

“Polis giat memburu empat suspek yang dikenal pasti berada dalam kenderaan terbabit. Siasatan terperinci dilakukan dan kita yakin berlaku perselisihan antara dua kumpulan berkenaan.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas kumpulan kongsi gelap manakala langkah pencegahan akan dikenakan kepada pertubuhan yang melanggar Akta Pertubuhan 1966,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis bersiap siaga terhadap tindakan balas dendam membabitkan kumpulan kongsi gelap terbabit.

“Itu budaya mereka dan (balas dendam) jadi kebiasaan, namun polis sentiasa siap siaga dan tiada hari tanpa operasi,” katanya.

Dalam kejadian malam Ahad lalu, mangsa berusia 30-an itu maut akibat ditikam selepas bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah luka tikaman ke jantung.

Mangsa turut dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta jenis BMW 520i.