Mula Belajar Solat, Lana Nordin Dan Suami Mahu Tunai Umrah.. Alhamdulillah

Sebelum ini sosial media heboh dengan kontroversi melibatkan nama 2 artis popular Lana Nordin dan Shila Amin. Isu ini berhubung kes pergaduhan dengan penyanyi Shila Amin dan Lana di Singapura baru-baru ini.

Mahu Belajar Solat

Di sebalik kontroversi ini, ada berita gembira yang mahu dikongsikan oleh Lana pada peminatnya. Menerusi Instagram, Lana menyuarakan rasa bersyukur setelah suaminya Mohd Daud McKienzie mahu mendalami Agama Islam.

“Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. Selama ini saya sentiasa mendoakan Allah memberkati suami, tetapkan hati dan imannya agar terus kekal dengan Islam.”

Menurut laporan dari Harian Metro, Lana sendiri akui, dia tidak pernah memaksa suaminya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam.

“Saya tak pernah paksa dia cuma sentiasa mengingatkan kewajiban yang perlu dilaksanakan. Kalau boleh, biar dia buat dengan rela hati,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Lana, dia terharu membaca mesej suami yang ingin belajar mengaji dan sembahyang dengan betul.

“Dia tahu semua perkara itu wajib bagi seorang Islam. Saya dan suami juga merancang menunaikan umrah tahun hadapan.

Meluahkan sentimen yang sama, netizen yang membacanya rata-rata memanjatkan rasa syukur sambil mendoakan kebahagiaan pasangan itu.
BACA  “Dah Orang Nak Bagi Publisiti, Nak Buat Macam Mana”- Lana Nordin