Tabik ‘Spring’! 7 Selebriti Ini Tidak Mahu Dedah Status Keluarga

Bila disebut namanya, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapa sebenarnya bapa artis ini. Walaupun menyedari mereka anak kepada pemimpin negara mahupun yang bergelar Datuk,  namun mereka tetap dengan sifat yang selalu merendah diri.

Jom kita lihat siapa di kalangan artis Malaysia yang jarang dedahkan perihal keluarga tapi sebenarnya mereka dari keluarga yang berada.

Najwa Mahiaddin

Najwa Mahiaddin lebih senang dikenali sebagai artis biasa yang bermula daripada bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti dalam kariernya, kerana itulah dia menggunakan nama Najwa Mahiaddin, bukan Najwa Muhyiddin. [Hangat.com] Najwa sebenarnya anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dafi Datuk Seri Ismail Sabri

Menjadi anak menteri memang beruntung tapi penyanyi Dafi Datuk Seri Ismail Sabri lebih senang berdikari tanpa mengharapkan bantuan bapanya.

Dafi bekas peserta Akademi Fantasia (AF)- membuka perniagaan baru House of Paradox yang membiak dan menjual kucing di Petaling Jaya. [Hangat.com] Anak kedua Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada empat beradik, menegaskan perniagaan itu dibangunkan daripada hasil titik peluhnya.
BACA  Suami Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Sejukkan Hati Isteri