KOTA BHARU: Seorang peniaga ikan bilis dan makanan kering di Pasar Siti Khadijah di sini, tidak menyangka idea meletakkan nama jenis ikan bilis dengan nama unik termasuk nama selebriti dan artis terkenal mendapat sambutan ramai.Mohd Razman Hafiz Rosdi, 23, atau mesra disapa Hafiz berkata, nama-nama ikan bilis yang unik itu menarik perhatian pelanggan dan mudahkan pelanggan memilih jenis-jenis ikan bilis yang mereka inginkan.

Menurutnya, antara nama ikan bilis yang dapat perhatian adalah ‘Sajat Wanita Terakhir’, ‘Mata Fazura’, ‘Bilis Sado’, ‘Bilis Koya Comel’, ‘Bilis Mabuk Laut’, ‘Bilis Donald Trump’,’ Bilis Tak Tun Tuang Tak Mandi Lagi’, ‘Bilis Pyan Kpop’ dan ‘Bilis Datuk Vida’.

“Nama-nama itu saya pilih kerana ia merupakan nama yang menjadi sebutan ramai dan mudah diingati.