Rugi RM120 Ribu, Inilah Wajah Peragut Beg Aliff Syukri !

Semalam heboh bila pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menunjukkan laporan polis di Sepanyol namun ramai pula yang membuat spekulasi bahawa Aliff didakwa kena gangguan seksual. [Hangat.com] Sebenarnya, Aliff dirompak dan mengalami kerugian apabila beg miliknya dicuri seorang individu yang tidak dikenali ketika berada di Sepanyol.

Dalam laporan Utusan Online, Menurut Aliff yang kini sedang sibuk menyiapkan muzik video miliknya berjudul Abang Nak Tegur, ketika kejadian juga dia tidak sedar memandangkan sedang membuat latihan untuk muzik video tersebut.

Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan sebanyak RM120 ribu termasuk wang tunai dan jam tangan jenama Cartier yang berharga lebih dari RM100,000.

“Peristiwa yang sangat tragis yang berlaku semasa saya di Spain. [Hangat.com] Lelaki ini rembat beg sandang jenama Salvatore Ferragamo ketika saya sedang sibuk berlatih” katanya di laman Instagram.

Rata-rata netizen mendoakan keselamatan Aliff di sana dan berharap semua krew produksi lebih berhati-hati dengan barang-barang peribadi selepas ini ketika menjalankan penggambaran di negara orang.[Hangat.com] Aliff kini sudah berada di tanahair selepas 10 hari berada di Sepanyol.
BACA  Azab Duduk Rumah Sekarang! Ini Teguran Pedas Netizen Buat Aliff Syukri