Rihanna bertunang dengan jutawan Arab Saudi?

PENYANYI antarabangsa, Rihanna dilaporkan sudah bertunang dengan kekasihnya yang juga jutawan berketurunan Arab, Hassan Jameel.

Menurut Hollywood Life, khabar angin itu dikuatkan lagi selepas sebentuk cincin kelihatan tersarung di jari manis Rihanna dalam sekeping foto yang dimuat naik di Instagram (IG) peribadinya, baru-baru ini.

Foto tersebut dirakamkan ketika Rihanna meninggalkan Madison Square Garden, New York, sejurus selepas usai menonton persembahan Chris Rock, 7 Dis lalu.