Siti Nurhaliza

Ramai yang sudah tahu kemerduan suara dan bakat Siti Nurhaliza sebagai penyanyi. Tetapi berapa ramai pula peminat yang pernah mendengar penyanyi popular itu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran?

Anda akan dapat menyaksikan Siti Nurhaliza mengaji al-Quran dalam satu program televisyen (TV) tidak lama lagi.

Menurut Siti, ini adalah kali pertama dia mengaji untuk diperdengarkan kepada khalayak menerusi kaca TV.

“Siti rasa gembira kerana dapat peluang ini. Ini kali pertama Siti mengaji di TV tetapi sebelum ini Siti pernah mengadakan majlis khatam al-Quran semasa perkahwinan kakak Siti (Ida) pada 1996.

“Melalui cara ini Siti dapat mempertingkatkan lagi mutu bacaan al-Quran Siti. Ini satu pengalaman yang baik untuk Siti kerana sebelum rakaman dimulakan, Siti dilatih oleh seorang guru al-Quran iaitu Ustaz Mohd. Taha Hassan, 24, yang merupakan anak kepada guru al-Quran terkemuka, Datuk Hassan Azhari.

“Siti bersyukur kerana dapat bimbingan daripada anak guru al-Quran terkenal. Walaupun ada sedikit kesukaran tetapi Siti seronok dapat menambah ilmu.

“Siti ambil masa hampir sejam untuk memperbaiki bacaan Siti sebelum rakaman program itu dimulakan.

“Selain itu, Siti juga hadapi sedikit masalah daripada segi tajwid dan harakat.

“Bagaimanapun Siti rasa puas walaupun cuma dapat belajar dua ayat dalam program ini,” ujar Siti sewaktu ditemui selepas rakaman program itu di Cheras, Kuala Lumpur petang kelmarin.

Sementara itu, Mohd. Taha berkata Siti tidak menghadapi masalah untuk membaca al-Quran kerana penyanyi berusia 27 tahun ini mempunyai mutu suara yang baik.

“Siti boleh mengaji dengan baik. Dia tidak menghadapi masalah untuk melagukan atau melenggokkan sesuatu ayat itu mengikut hukum-hukum yang sudah ditetapkan.

“Cuma Siti perlu berlatih lebih lagi daripada segi makhraj iaitu bagaimana cara untuk menyebut huruf dengan betul.

“Siti juga ada sedikit kelemahan untuk memulakan bacaan, tempat berhenti atau istilahnya dipanggil wakof ibtida,” kata Mohd. Taha yang mempunyai ijazah Usuluddin Tafsir dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Rakaman Siti mengaji itu akan disiarkan menerusi TV1 pada 20 dan 21 Oktober ini, beberapa minit sebelum azan maghrib disiarkan.

Selain Siti, Mawi (Akademi Fantasia 3), Bienda, Datuk Sarimah, Nash (Lefthanded) dan Munif (Hijjaz) turut menjayakan program yang akan disiarkan secara berasingan mulai 19 Oktober hingga 2 November ini.

Melalui program ini, Siti memperdengarkan bacaan surah Al-Baqarah ayat 22 dan ayat 164.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz513dZjykP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Mawi

Tidak salah jika dikatakan Mawi adalah insan yang paling bertuah pada tahun 2005. Daripada seorang jejaka kampung yang serba sederhana, bertukar kepada pemuda rebutan seMalaysia, dia sendiri tidak percaya dengan transisi hidupnya yang berlaku sekelip mata.

“Sejarah paling manis dalam hidup. Alhamdulillah,” ucapnya ringkas berkat kemenangan meraih juara Akademi Fantasia 3 (AF3) Ogos lalu, sekali gus menjadi permulaan kepada pengembaraan barunya.

“Segala-galanya berubah. Sungguh, saya tidak sangka rezeki Tuhan datang bergolek seperti ini.”

Ketika mencaturkan nasib di dalam uji bakat, yang terlintas di fikirannya hanyalah mencari peluang menjadi penyampai radio. “Saya tengok ramai graduan AF jadi deejay, jadi saya cuba-cuba saja. Hendak kata pandai sangat menyanyi, tidak juga,” akuinya jujur mengimbas kenangan lalu.

Atas kuasa Yang Maha Besar, niat ikhlasnya membantu keluarga dimakbulkan. Malahan, rahmat yang dilimpahkan berlebih-lebihan, sehingga Mawi sendiri tergamam.

“Ada ketika saya menjadi takut. Saya disanjung, dipuji dipuja, nama dijeritkan di mana-mana. Tidak pernah saya bayangkan keadaan begini. Saya tersedar, bukan mudah bergelar artis. Di bahu terpikul tanggungjawab yang berat.

“Dipanggil idola, diminta beri ceramah, dibandingkan dengan orang itu dan ini, saya gusar jika mengecewakan orang yang meletakkan harapan,” tuturnya luhur.

“Tetapi, saya tidak kesal. Ini kemahuan saya, saya terima. Saya enggan berpatah balik. Saya bahagia dapat membahagiakan keluarga.”

Pemilik nama penuh Asmawi Ani ini dikatakan mempunyai aura, mampu meletuskan fenomena. Setiap patah katanya dijadikan berita. Jumlah pengikutnya tidak terbilang, menjadi kegilaan semua jenis masyarakat. Kata orang, Mawi contoh lelaki Melayu terakhir, yang berakhlak tinggi, pandai mengaji, juga boleh mencuri hati dengan menyanyi.

“Nombor satu? Usahlah. Terlalu tinggi tempat itu,” jawab anak kelahiran Kulai, Johor ini apabila dilabel penyanyi unggul negara.

“Kalau orang cakap saya artis paling sibuk tahun ini, saya tidak pasti. Yang saya tahu, saya memang sibuk. Ada masanya, saya bekerja dari pagi hingga pagi esoknya,” ujarnya lagi sambil ketawa.

Biarpun album sulungnya, Yang Tercinta mencecah jualan ratusan ribu dalam tempoh tiga bulan, pemuda berusia 24 tahun ini masih mengaku Mawi yang dulu.

“Saya masih pergi memancing macam dulu-dulu, cuma bezanya sekarang sudah ada pengawal!” katanya kemudian menambah, “Rindu juga untuk keliling kampung bermotosikal, main bola sepak, sepak takraw…tidak mengapalah, ini namanya pergorbanan,” sambungnya lagi mengubat hati.

Begitu pun, sudah menjadi lumrah hidup, dalam manisnya gula, pasti terselit pahit hempedu. Kemelut kelab peminatnya, Mawi FC yang bertelingkah sesama sendiri, berita dia bermalam di rumah tunangnya Nordiana Mohd. Naim, cerita palsu dia masuk disko, kenyataannya ‘menghalalkan’ cetak rompak dan macam-macam lagi.

“Biarlah cerita-cerita itu dilupakan. Apa yang penting, setiap daripadanya saya jadikan pengajaran dan teladan,” ulasnya ringkas.

Berlabuhnya tirai 2005, Mawi enggan menyentuh lagi coretan hitam kerjayanya. “Semua orang berazam jadi insan yang lebih baik. Saya tidak terkecuali. Cuma satu hajat saya yang mesti ditunaikan, mahu hantar ibu dan ayah ke Mekah mengerjakan umrah.

“Saya tanya mereka kalau mahu terus kerjakan haji. Mereka jawab, umrahlah dulu,” ceritanya teruja. Mawi sendiri, bagaimana? “Nantilah, saya belum bersedia.”

Bergelar jurucakap untuk lapan produk (bila ditanya apa, dia sendiri jenuh mengingatnya!), jadual kerja Mawi untuk tahun ini sudah penuh sehingga April.

“Saya tidak boleh jangka 2006 akan menjadi tahun saya atau tidak. Kalau pun ada AF4 selepas ini, jika peminat masih teguh menyokong saya, Insya Allah, saya akan tetap di sini. Masing-masing ada pilihan untuk memilih,” ujarnya optimis.

Tambahnya lagi, “Kalau diizinkan dan ada kelapangan, saya mahu ambil cuti seminggu untuk berehat. Bawa keluarga makan angin. Tidak jauh, dalam negara saja.”

Sudah mempunyai lesen memandu yang sah, Mawi yang menerima sebuah kereta Suzuki Swift sebagai hadiah kemenangan AF3, belum berpeluang memandunya. Pakej percutian ke Los Angeles, London dan Paris juga masih belum ditunaikan.

“Perancangan untuk pindah rumah memang ada dalam masa terdekat, tetapi tidak tahu bila,” beritahunya yang sesekali mengelak bila ditanyakan soal jodoh.

“Tahun ini, saya baru 25 tahun. Masih belum stabil lagi. Nampak macam senang, orang ingat sudah lengkap serba-serbi, tetapi besar tugas seorang suami. Setakat ini, kahwin tidak termasuk dalam agenda. Tetapi, esok lusa, siapa tahu kalau sudah sampai seru,” jelasnya mengakhiri bicara.

Johan Ashaari

Jika anda salah seorang followers Instagramnya, pasti anda tahu Johan selalu memuat naik video dia bermain gitar dan video mengajinya.

Advertisement

Menurutnya, dia tidak segan untuk berkongsi video mengaji Al-Quran itu bersama pegikutnya disamping dapat menarik minat gologan muda di luar sana untuk melakukan aktiviti sama.

“Saya suka, malah sudah biasa mengaji sejak sekian lama.

“Saya juga suka berkongsi bacaan al-Quran dengan semua orang kerana pahala mereka yang mendengar sama saja dengan pahala orang yang membacanya.

“Pada masa sama, saya tidak berasa adanya halangan untuk berkongsi kerana kesalahan yang tidak disengajakan dalam bacaan adalah dosa kecil,” katanya memetik laporan BH Online.

Meskipun mengakui kadang kala wujud kesilapan kecil dari segi bacaannya, dia turut menasihati peminatnya yang beragama Islam supaya bersama-sama mengaji kerana dapat menenangkan hati.

“Rajin-rajinlah mengaji al-Quran agar hati sentiasa tenang. Hati yang tenang pula memudahkan kita untuk melepaskan segala perkara keduniaan yang bersifat sementara,” tambahnya.

Johan yang popular dengan hashtag #niatbelajar di hampir setiap postingnya turut menyeru masyarakat supaya kuatkan hati dengan agama meskipun kita hidup dalam zaman moden.

Menyentuh mengenai kariernya pula, Johan bakal tampil dalam filem Tujuh, arahan Raja Mukhriz yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

Kini, Johan dalam pengambaran drama berjudul Jurnal Suraya. Drama 13 episod arahan Zul Huzaimy ini turut menggandingkannya bersama Nad Zainal sebagai teraju utama naskhah itu. Dengarnya drama ini bakal menemui penonton pada bulan ini. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Ameng Spring

Vokalis kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng berhasrat membuka kelas muqadam khusus untuk selebriti setelah tamat menjalani hukuman di penjara kira-kira dua tahun lagi.

Menurut Ameng, pembukaan kelas berkenaan bagi membolehkan golongan artis tanah air belajar mengaji sekali gus bertujuan supaya dapat mendalami ilmu al-Quran.

“Ketika masuk ke penjara, saya sudah tidak tahu dan tidak kenal huruf jawi apatah lagi mahu mengaji. Namun, segalanya berubah setelah berada di sini.

“Apa yang buat saya lagi kagum ramai rakan-rakan lain (banduan) walaupun turut menjalani hukuman namun mereka pandai mengaji al-Quran dengan lebih baik. Ini membuatkan saya mahu belajar” katanya sempena program  Jelajah Mesra Sinar Harian Johor ke Kluang di Penjara Kluang, di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, Jelajah Mesra Sinar Harian Johor turut beramah mesra bersama 30 penghuni penjara serta diperdengarkan marhaban  dan nasyid nyanyian Ameng sendiri.

Ameng berkata, sepanjang tempoh empat tahun berada di penjara, dia kini menghabiskan masa dengan mendalami ilmu keagamaan sebagai menebus kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

“Saya lebih berminat untuk mendalami ilmu agama. Malah, alhamdulillah sudah dua tahun berturut-turut saya mewakili Penjara Kluang untuk pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran. Syukur, sudah lebih 10 kali juga saya telah khatam al-Quran,” katanya.

Ashraff Muslim

Cerita Ashraf Muslim dan hidayah quran. Ashraf Muslim menceritakan kisah hidupnya dan perubahan hijrah dalam dirinya. TERINGAT lagi semasa kecil, setiap kali selepas solat Maghrib, ibu akan mengajar saya membaca al-Quran. Ibu adalah ‘guru mengaji’ yang setia mengajarkan kami kalimah Allah bagi memastikan kami adik beradik celik al-Quran. Walaupun ilmu membaca al-Quran memang sudah disemai di dada sejak kecil tetapi tidak dinafikan dari segi amalan memang ada cacat celanya. Apabila kembali mendekatkan diri dengan al-Quran,Ashraf Muslim terasa perbezaannya.

Oleh itu, boleh saya katakan, perubahan yang saya lalui kini ada kaitannya dengan mukjizat al-Quran yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad SAW. Kesetiaan berdampingan dengan kitab Allah menjadikan saya kini lebih fokus dengan apa yang ingin dilakukan serta dicapai dalam hidup. Selain menjadikan hati yang resah kembali tenang, wahyu Allah memiliki seribu satu kelebihan dan hanya mereka yang pernah merasai dapat menceritakan kemanisan pengalaman itu. Ini kerana semua mempunyai cerita masing-masing.
ashraf dan kambing yang di ternaknya
Kehidupan saya rasakan lebih mudah selepas berjinak-jinak kembali membaca al-Quran secara istiqamah, sekurang-kurangnya satu halaman sehari. Perancangan harian juga menjadi lebih teratur kerana fikiran lebih fokus.

Justeru, apabila melihat anak muda sekarang seakan menjauhkan diri daripada al-Quran, timbul rasa sedih. Seseorang itu tidak semestinya perlu berubah menjadi alim untuk membaca al-Quran kerana membaca al-Quran sepatutnya sebahagian daripada amalan harian. Kita kata hendak semua tetapi bagaimana mungkin kita akan mendapat semuanya jika diri serta fikiran tidak fokus. Tetapi cuba dekatkan diri dengan al-Quran, Insya Allah ia akan membuka jalan untuk kita melangkah ke depan. Cubalah.

Saya sendiri tidak pandai membaca al-Quran secara berlagu seperti qari dan qariah hebat yang kita tonton di televisyen dan ilmu tajwid pun masih perlu diasah lagi supaya lebih mantap. Tetapi, kesan daripada amalan itu memang menakjubkan. Malah, ganjaran yang dijanjikan juga begitu besar. Daripada Aisyah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “:Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Hadis riwayat Muslim)

Pengalaman saya sendiri, ada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengakui hatinya lebih tenang selepas mengamalkan membaca surah yang diberi sebagai penawar untuk penyakit dihadapinya. Ada juga mengakui, sebelum ini tidak tahu membaca al-Quran atau tergagap-gagap mengalunkan kalimah Allah tetapi kini sudah boleh membaca dengan lancar. Alangkah indahnya pengalaman serta nikmat diterima mereka.Bagi saya, jika tidak tahu membaca al-Quran, ia adalah satu kerugian. Tidak mengapa jika baca merangkak-rangkak kerana sekurang-kurangnya kita berusaha. Berkat kesungguhan itu, lama-kelamaan lidah akan lancar. Percayalah.

Tidak dinafikan ramai ibu bapa hari ini menyedari pentingnya anak mereka didedahkan dengan ilmu membaca al-Quran. Malah, mana-mana sekolah tahfiz akan dipenuhi kanak-kanak dan golongan remaja. Ini bukti tahap kesedaran ibu bapa supaya anak mendapat didikan agama semakin tinggi. Mengenang zaman kanak-kanak, saya juga didedahkan kepada ilmu yang tidak kurang hebatnya. Dari kecil saya dilatih menjadi tukang azan di surau berdekatan rumah. Terima kasih kepada tok bilal dan tok siak yang sentiasa memberi peluang saya mengalunkan azan. Ketika sekolah rendah pun saya beserban ke sekolah dan terbabit dengan kumpulan nasyid. Ingat lagi ketika itu bercelak hitam di bawah mata. Saya juga terpilih mewakili sekolah untuk pertandingan bercerita kisah-kisah nabi malah pernah mendapat tempat kedua.

Semua itu saya lihat sebagai asas yang mendedahkan saya kepada pelbagai cabang ilmu yang asalnya terkandung dalam kitab al-Quran. Betapa pentingnya al-Quran kepada seorang Muslim, sewajarnya ia menjadi sebahagian daripada amalan kehidupan harian kita. Namun, masih ada remaja serta golongan muda yang terus leka serta menjauhkan diri dari kitab Allah mungkin disebabkan tidak didedahkan atau tidak dijadikan sebagai amalan. Yang pasti, tidak ada kalimah ‘terlambat’ untuk kita mendekatkan diri dengan al-Quran dan isinya.

Lagipun, sekarang ini pelbagai cara untuk mempelajari al-Quran. Di pasaran terdapat al-Quran elektronik yang boleh membantu kita belajar membaca al-Quran. Bagaimanapun, setiap proses pembelajaran, adalah lebih baik kita berguru. Sekurang-kurangnya berlaku komunikasi dua hala, mana yang tidak faham dapat ditanya dan mendapat jawapannya sementara yang kurang jelas dapat diperjelaskan.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.” Fikir-fikirkanlah.

 

sumber

http://www.alhidayah-medic.com

****************************

#JANGANABAIKAN #JANGANABAIKAN #JANGANABAIKAN

JANGAN KELUAR DULU. ADA PENGUNGUMAN PENTING KAT BAWAH NI!!!
.
ARGHHHH !!!!!! STRESS GILA !!!!! AKU STRESS !!!!
.
KHAS BUAT ANDA YANG DAH CUBA MACAM-MACAM SUPPLEMENT TAPI TAK MENJADI!
.
Eh korang,mana nk dapat Produk murah dan jimat super ohsem!!
.
Tiada kesan sampingan dan sesuai utk semua 🙋🙋
Komfem puas hati👍🏻👍🏻
.
Produk apa tu???
.
Pastilah QALLISTA SIGNATURE !!!
.
Apa yang boleh anda dapat dari QALLISTA SIGNATURE
1) Memutihkan & Mencerahkan satu badan
2) Melembutkan kulit Badan secara keseluruhan
3) Memutihkan muka dalam masa SEAWAL 4-7 Hari sahaja
4) Menghilangkan & memudarkan Jerawat
5) Menghilangkan & memudarkan Jeragat
6) Menghilangkan & memudarkan parut degil dan lama
7) Membuatkan anda sangat menyesal kerana tidak ambil dari dulu lagi
8) Membuat kawan2 anda puji anda semakin putih
9) Membuat anda bangga dengan diri anda
.
.
QALLISTA SIGNATURE sangat hebat kerana
=> Mengunakan BAHAN SEMULAJADI 100%
=> Mengatifkan Colagen dalam badan dalam masa 2jam selepas makan
=> Mengunakan bahan aktif gluta original 100%

Kemam sahaja uolss!! Sangat berkesan untuk merawat masalah JERAGAT, Jerawat & Kulit Kusam seawal 4-7hari shja!
.
Jangan risau, QS ni selamat digunakan. Diluluskan KKM.
.
Kalau beli banyak makin jimat sebab banyk free ! Wah ni serius memang MURAH SANGAT-SANGAT!!❤Order sekarang gerenti nanti anda mampu tersenyum!
.
Masih ragu-ragu? Jangan risau, untuk maklumat lanjut anda boleh KLIK link dibawah untuk bertanya lebih lagi dengan wakil syarikat kami 🙂

>KLIK DISINI<<

#KalauTaknakCantikJanganCubaNakBeli #KalauDahCantikJanganLupaShareDekatOrang