(Gambar) Lebih 1000 Harta Benda Musnah Dan Kerugian Mencecah USD 34 Juta Akibat Enam Kebakaran Melanda California, Amerika Syarikat

Selepas seminggu ‘Kebakaran Thomas’ melanda California, ribuan anggota bomba masih lagi menghadapi kesulitan untuk menangani bencana tersebut.

Kawasan kebakaran kini telah pun melebihi saiz bandar New York, namun ia hanya cuma 1 daripada 6 kebakaran besar yang melanda negeri tersebut yang kini sudah pun memusnahkan lebih daripada seribu struktur dengan jumlah kerugian melebihi USD 34 juta.