Fenomena ‘Hujan Meteor’ Boleh Disaksikan Tengah Malam Ini Dengan Mata Kasar, Tapi Bagaimana Caranya

Meteor Geminid dijangkakan akan kembali lagi menjelang Subuh, 14 Disember 2017. Meteor kali ini amat baik kerana tiada cahaya bulan berbanding apa yang berlaku tahun lepas dimana cahaya bulan telah menenggelamkan sebahagian besar meteor- meteor ini.

Apa itu Meteor Geminid? Meteor Geminid ialah habuk dan debu peninggalan daripada sebuah asteroid bernama 3200 Phaethon. Dipercayai pada suatu ketika dahulu, asteroid ini mengalami suatu perlanggaran yang kuat dan menyebabkan sebahagian daripada permukaannya hancur dan menjadi serpihan debu dan habuk yang bergerak di sepanjang laluan orbitnya.