Menurut Fattah, beliau sudah memilih nama dua anaknya ketika mengerjakan Umrah di Makkah bersama Fazura pada awal November lalu. Dua nama itu ialah Fatimah Aishah jika dikurniakan cahaya mata perempuan manakala Fath bagi anak lelaki.

“Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu.Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura,”

Walaupun begitu, ketika ini Fazura bukanlah hamil seperti yang diperkatakan sebaliknya hanya perancangan awal mereka sekeluarga.
BACA  Fazura Kena ‘Friendzone’ Dengan Fattah?